KUCHING: Sarawak menerima penghantaran mingguan bagi bekalan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech dari Belgium di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Rabu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian menerusi hantaran Facebook rasmi miliknya berkata, bekalan tersebut akan diberi kepada rakyat yang masih belum lagi mendapatkan vaksin.
Sehubungan itu, beliau menyeru mereka yang layak tetapi belum divaksin, untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam berdekatan untuk mendapatkannya.
Beliau berkata lagi, vaksinasi boleh mengurangkan risiko jangkitan yang teruk dan mengurangkan risiko kematian disebakan wabak COVID-19.-EDISI UKAS
Sumber dari : UKAS